Antara produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh Perkumpulan Wayang Kulit Seri Asun ialah :
- Persembahan Wayang Gedek untuk majlis rasmi, keraian, makan malam, kenduri dan sebagainya.
- Menyediakan latihan kepada generasi muda yang berminat untuk mendalami ilmu seni persembahan wayang gedek daripada pembuatan patung kulit sehinggalah bermain muzik dan menjadi dalang.
- Mengeluarkan barangan kraf tangan berasaskan kulit yang bermotifkan watak-watak dalam persembahan wayang gedek.
- Mengeluarkan dan mengedar siri rakaman persembahan wayang gedek pelbagai tajuk dalam bentuk VCD.
Semua produk dan kraf tangan keluaran kami boleh di dapati secara online dengan membuat pesanan melalui sms atau e-mail kepada kami (bayaran pos adalah percuma untuk Semenanjung Malaysia)